awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian - LLM

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2023
01:10 MYT
Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian - LLM
Ujarnya, jalan tersebut merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur – Karak (KL-Karak). - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan bahawa projek pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidangkuasa KKR dan LLM.
Ini kerana jelasnya dalam satu kenyataan, ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan.
Ujarnya, jalan tersebut merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memaklumkan bahawa pembinaan projek tersebut tidak dimaklumkan kepada KKR dan LLM.
Bagaimanapun, pihaknya sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu.
Bagaimanapun, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Oleh itu, arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh MBK agar pihak pemaju menghentikan sebarang usaha-usaha lanjut pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diluluskan.
Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkemungkinan plaza tol bakal dibangunkan di situ.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#Young Syefura Othman
#KKR
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan