TANJONG KARANG: Kesesakan lalu lintas di beberapa Jalan Persekutuan 5 (FR5) sekitar Tanjong Karang pada musim perayaan dan cuti sekolah dijangka berakhir selepas projek pembinaan konsesi Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pada masa ini kemajuan projek pembinaan WCE di Parlimen tersebut memasuki fasa terakhir.
"Terdapat kelewatan projek WCE di Parlimen Tanjong Karang selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
"Pelaksanaan projek ini ada beberapa masalah. Melalui perbincangan serta rundingan sebelum PRU-14, WCE pada mulanya bersetuju tidak mengambil tanah penduduk kampung.
"Malah, pada masa itu, kita mendapat sebanyak RM600 juta," katanya ketika Majlis Penyampaian Asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang, pada Ahad.
Kata Noh, bagaimanapun selepas kekalahan BN dan pemerintahan negara diambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH), peruntukan khas itu dibatalkan dan pelan asal diteruskan hingga menimbulkan bantahan dan rasa tidak puas hati penduduk.
Kata beliau, selaku pembangkang pada masa itu, beliau terpaksa akur dengan keputusan kerajaan PH.
"Oleh kerana pelan asal sudah dimulakan, kami terpaksa akur tambahan pula WCE menggunakan jalan pintas yang tidak melalui Pekan Tanjong Karang.
"Penggunaan jalan pintas ini dibimbangi memberi kesan kepada Pekan Tanjong Karang iaitu pembangunannya menjadi perlahan disebabkan pengguna yang melalui WCE tidak lagi melalui jalan Pekan Tanjong Karang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 01 2022
Noh (tengah) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada salah seorang penerima di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang, pada Ahad. -Foto Sinar Harian
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan
WCE siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.
Pembinaan jajaran Seksyen 11 WCE capai 99.33 peratus
Kemajuan jajaran Seksyen 11 Lebuh Raya WCE di Persimpangan Beruas - Persimpangan Taiping Selatan yang bersambung dengan Lebuhraya PLUS di Persimpangan Changkat Jering telah mencapai 99.33 peratus.
Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.
Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan
Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada 12.01 tengah malam ini.
Laluan Banting-Taiping WCE dibuka awal 2024 secara berperingkat - Nanta
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting dan Taiping dijangka dibuka secara berperingkat awal tahun depan.
Pembinaan WCE bukan punca banjir di Kampung Asahan
Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Kampung Asahan, Kuala Selangor bukan penyebab banjir besar yang melanda kampung itu pada 19 September 2021.
4 pekerja kontrak di Pangkalan TLDM Lumut rentung, kereta terbakar di WCE
Menurut Pengarah JBPM Perak, maklumat awal menunjukkan, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bekerja di Lumut.
Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat bakal ubah landskap pelancongan Perak
Pembukaan Seksyen 11 iaitu dari Beruas ke Taiping Selatan serta penghujung lebuh raya di Selangor akan melancarkan perjalanan pengguna.
Laluan Beruas-Taiping Selatan WCE dibuka hujung tahun ini, sedia alternatif ke utara
West Coast Expressway Sdn. Bhd (WCESB) menyasarkan empat lagi seksyen Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan beroperasi hujung tahun ini.