awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan petani bantah perjanjian Mercosur di hadapan Parlimen EU
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembonceng motosikal maut digilis lori dalam nahas di Kota Samarahan

Bernama
Bernama
21/10/2025
08:35 MYT
Pembonceng motosikal maut digilis lori dalam nahas di Kota Samarahan
Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, manakala penunggang motosikal cedera parah. -Gambar hiasan
KUCHING: Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, kira-kira 9.45 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, manakala penunggang motosikal cedera parah.
  • Kemalangan berlaku apabila motosikal melanggar belakang kereta di lampu isyarat, menyebabkan pembonceng terjatuh ke lorong kiri dan digilis lori yang sedang bergerak.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 32 tahun melanggar bahagian belakang kereta yang berhenti di lampu isyarat.
"Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal Nur Aisyah Abdullah, 40-an, terjatuh ke lorong kiri jalan sebelum digilis lori yang sedang bergerak lurus, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Penunggang motosikal Rayven Roman mengalami cedera parah, manakala pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut digilis lori
#nahas tiga kenderaan
#Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya
#Nur Aisyah Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan