Penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih pada Sabtu bukan berpunca daripada pencemaran bau operasi rawatan air sisa kumbahan yang dijalankan di Loji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), sebaliknya disebabkan pembuangan sisa secara haram berdekatan loji berkenaan.
IWK dalam kenyataan malam tadi memaklumkan perkara itu dikenal pasti hasil pemeriksaan bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Loji Olahan Air Sisa Kumbahan Bandar Putera Mahkota, Cheras selepas menerima laporan tentang perkara itu pagi Sabtu.
"Hasil siasatan mendapati terdapat bau yang bukan bahan kumbahan di bahagian kebuk masuk loji dan ekoran bau itu, pasukan terpaksa menghentikan pelepasan efluen buat sementara waktu dan operasi pembersihan segera dilaksanakan.
"Pada jam 7 malam ini, tiada lagi sebarang bau daripada aliran air kumbahan yang masuk ke dalam kebuk masuk loji berkenaan," kata IWK.
"Pada masa yang sama pihak SPAN, LUAS dan petugas IWK telah membuat pemeriksaan di lurang pembentungan sekitar kawasan itu dan mendapati bahan sisa buangan haram dengan bau pelarut. Kejadian ini adalah sama dengan insiden yang berlaku pada September lepas," menurut kenyataan itu.
BACA: Sisa pembuangan haram sekali lagi jejas operasi loji IWK di Bandar Putra Mahkota
Bagaimanapun, katanya loji-loji rawatan kumbahan IWK tidak dapat merawat sisa haram yang masuk ke dalam loji kerana ia hanya mampu merawat sisa kumbahan sahaja, dan berikutan itu IWK telah membuat laporan di balai polis berdekatan bagi mengesan dalang yang terlibat.
Kenyataan itu turut memaklumkan adalah amat mendukacitakan apabila pelbagai pihak menuding jari terhadap IWK tentang kejadian itu sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sisa haram di situ.
Perkara tersebut memberikan imej negatif terhadap keupayaan syarikat dalam menjalankan tanggungjawab merawat air kumbahan.
BACA: Sungai Semenyih tercemar lagi, lebih 328,000 pengguna berdepan gangguan bekalan air
BACA: Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan bakal hadapi masalah bekalan air
Tegas kenyataan itu, IWK akan sentiasa memastikan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di semua 7,000 buah loji di bawah seliaan IWK mengikut spesifikasi dan prosedur ditetapkan pihak berkuasa.
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya semalam ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, menjejaskan 348 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 21 2019
IWK akan sentiasa memastikan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di semua 7,000 buah loji di bawah seliaan IWK mengikut spesifikasi dan prosedur ditetapkan pihak berkuasa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Air kumbahan telah dirawat suci untuk digunakan - Mufti
Katanya, keputusan dibuat pada 7 Nov 2008 berhubung kes pengurusan air sisa buangan dari pusat penyembelihan ternakan Sungai Pinang.
Lima tahun hidu bau busuk air kumbahan
Ia berlaku disebabkan sistem kumbahan di taman perumahan berhampiran yang tidak diselenggarakan dengan sistematik selain loji kumbahan yang didapati tidak berfungsi.
Limpahan air bercampur najis masuk rumah
Penduduk, Muhammad Khairul Hafizi Mohidin, 29, mendakwa, kejadian pada jam kira-kira 3 pagi Jumaat itu merupakan terburuk dan pernah berlaku pada 2020.
Pencemaran: 40 tong berisi 4,000 liter bahan buangan ditemukan dalam premis
Berdasarkan siasatan awal, ACP Arifai Tarawe berkata, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam kes tersebut.
Teknologi rawatan air kumbahan baharu dijangka dilaksanakan - Tun Mahathir
Projek itu yang kini sedang dijalankan di Pantai Tengah, Langkawi menunjukkan hasil yang berkesan selepas melalui sesi percubaan selama dua tahun.
Pembuangan sisa secara haram, jejas operasi loji IWK
Loji-loji rawatan kumbahan IWK tidak dapat merawat sisa haram yang masuk ke dalam loji kerana ia hanya mampu merawat sisa kumbahan sahaja.
Polio: Imunisasi tambahan kanak-kanak bawah umur lima tahun di Sabah
Perancangan rapi sedang dilakukan dan pemberian imunisasi tambahan ini akan dijalankan secepat mungkin.
Pemilik restoran minta IWK tangani masalah limpahan air kumbahan
Pengusaha sebuah restoran di Taman Serai di sini meminta Indah Water Konsortium (IWK) menangani segera masalah limpahan air kumbahan yang berlaku ketika hujan lebat kerana ia menjejaskan perniagaan.
RHB: Salcon mampu peroleh lebih banyak kontrak
RHB Research percaya firma kejuruteraan air dan air kumbahan, Salcon Bhd, mempunyai peluang baik untuk memperoleh lebih banyak kontrak berkaitan air.