awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif

Bernama
Bernama
31/01/2025
20:15 MYT
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di setiap daerah dapat memupuk komuniti setempat mendalami ilmu teknologi dan berinovatif menerusi perkhidmatan pintar ditawarkan di pusat itu, kata Aminuddin. - Gambar fail/BERNAMA
PORT DICKSON: Pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di setiap daerah dapat memupuk komuniti setempat mendalami ilmu teknologi dan berinovatif menerusi perkhidmatan pintar ditawarkan di pusat itu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sejak Julai lepas, sebanyak 6,924 pengguna menyertai program perkhidmatan pintar yang disediakan di 62 pusat NADI di negeri ini sekali gus membuktikan keberhasilan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperkasakan dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
"Saya dimaklumkan oleh pihak MCMC selain perkhidmatan pintar terdapat juga aktiviti berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi antara pemacu utama perubahan global.
"Kemudahan ini membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan NADI Chuah, di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Chuah Yew Boon Lye; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Datuk Rozitta Sulaiman; Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan, Mohamad Rizal Ahmad dan Ketua Pegawai Bahagian Perhubungan Korporat Maxis, Azizul Abdul Rahman.
Aminuddin berkata, pembukaan NADI berkenaan diharap menjadi pusat rujukan ilmu dan teknologi kepada masyarakat serta membantu membangunkan generasi lebih celik teknologi.
"NADI merupakan platform memperkasa komuniti melalui inovasi digital dan inklusiviti. Masyarakat setempat perlu manfaatkannya untuk meningkatkan taraf hidup, mempertingkatkan kemahiran diri serta menjadi lebih proaktif dan inovatif," katanya.
Sementara itu, penduduk kampung, Hamzah Pokchi, 75, berkata, pembukaan pusat ini dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk menguasai teknologi terkini dengan lebih baik.
Sylvester Ayum, 15, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah pula berkata, NADI menyediakan ruang yang selesa untuk dia melayari Internet.
"Menerusi pusat ini saya dapat belajar bidang yang saya minati iaitu robotik dengan lebih mendalam," katanya.
Bagi T. Preesha, 28, pelajar Universiti Multimedia Melaka, kemudahan yang disediakan di pusat ini sangat membantu pelajar sepertinya untuk menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah terutamanya ketika cuti semester.
"Tempat ini sangat bagus dan kemudahan yang disediakan sangat selesa terutamanya dari segi mencari bahan mengunakan Internet yang pantas dan lancar," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembukaan NADI
#Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan