awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan premium outlet tidak jejas Taman Alam Kinta - Exco Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/06/2020
04:21 MYT
Pembukaan premium outlet tidak jejas Taman Alam Kinta - Exco Perak
Nolee Ashilin berkata terdapat zon penampan antara kedua-duanya.- Gambar fail
Pembukaan Silverlakes Brand Village Outlet yang dikatakan berhampiran Taman Alam Kinta menjadi kebimbangan pencinta alam sekitar kerana dikhuatiri mengganggu habitat lebih 150 jenis burung. 
 
Bagaimanapun, kerajaan negeri Perak berpendapat sebaliknya kerana jarak di antara kedua-duanya agak jauh. 
 
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, selain itu terdapat zon penampan antara kedua-duanya. 
 
“Ianya tidaklah begitu dekat sebab memang kita pastikan ada zon penampan, insya Allah tidak akan mengganggu dari segi persekitaran Taman Alam Kinta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program gotong royong bersepadu di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Rapat Jaya di sini, hari ini. 
 
Program dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 
 
Menurut Nolee, walaupun dikatakan terletak bersebelahan tetapi dari segi teknikalnya, lokasi pusat membeli belah dan Taman Alam Kinta itu sebenarnya jauh. 
 
Pusat membeli belah premium itu yang dijangka dibuka hujung tahun ini, dibina merentasi sebuah tasik selain menerapkan konsep alam semulajadi dalam di Batu Gajah. 
 
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri adalah pencinta alam sekitar, tidak mungkin mereka akan merosakkan habitat berkenaan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#kerajaan
#menteri
#Menteri Besar
#Menteri Besar Perak
#Nolee Ashilin Mohamed Radzi
#pelancongan
#Silverlakes Brand Village Outlet
#Taman Alam Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan