awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sekolah wajar seiring pemberian vaksin - Pakar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/02/2022
10:07 MYT
Pembukaan sekolah wajar seiring pemberian vaksin - Pakar
Dr Farhan Rusli berkata, mereka yang masih belum menerima vaksin tidak seharusnya dibenarkan kembali ke sekolah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembukaan sekolah seharusnya dilakukan seiringi dengan jumlah pemberian vaksin kepada kanak-kanak.
Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli berkata, ini bermakna mereka yang masih belum menerima vaksin tidak seharusnya dibenarkan kembali ke sekolah.
"Bermakna kalau kita memberikan vaksinasi kepada pelajar 12 hingga 18 tahun biarlah murid sekolah dalam kategori itu kembali ke sekolah.
"Data di luar negara menunjukkan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak tinggi... ini kerana virus akan dipindahkan kepada mereka yang belum divaksinasi.
"Apakah kebijaksanaannya kita buka sekolah ketika kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun belum menerima vaksin meskipun ada prosedur operasi standard (SOP)? Saya berpendapat di situ mungkin ada kesilapan di Kementerian Pendidikan yang boleh diperbaiki," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
COVID-19 | Angka semasa bukan gambaran sebenar
Dalam pada itu, Dr Farhan menjelaskan, angka COVID-19 semasa bukan gambaran sebenar atau indikator bagi melihat ketahanan sistem kesihatan negara.
Sebaliknya, beliau berkata, gambaran sebenar terletak pada jumlah kemasukan hospital dan pesakit yang sedang dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#jangkitan
#vaksin
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan