KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sempadan negara hari ini menjadi satu detik signifikan kepada industri pelancongan negara yang menjadi penyumbang ketiga terbesar keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis berkata, ia menjadi titik tolak kepada enam teras dalam Pelan Strategik dan Pemasaran 2022-2026 Tourism Malaysia yang dijangka mampu melonjakkan semula industri pelancongan.

"Pelan itu bertumpu kepada pemulihan dan peralihan ke fasa endemik dengan pembukaan sempadan antarabangsa tanpa mengabaikan domestik yang merupakan nyawa industri.

"Penggiat sektor pelancongan perlu memberikan produk dan pengalaman baharu kerana Malaysia sememangnya mampu memberikannya perkara itu.

"Sebagai contoh, pelancongan di kawasan perkampungan seperti di Lenggong, Perak, dan terbaharu, pelancongan langit gelap di Pahang yang membawa pelancong menikmati langit semulajadi tanpa pencemaran lampu," katanya ketika muncul dalam segmen khas sempena pembukaan sempadan dalam AWANI Pagi, hari ini.

Rentas Jambatan Endemik

Jelasya, pelancongan tidak boleh hanya dilihat dari sudut 'leisure' semata-mata tetapi juga mengambil kira 'nich market' Malaysia yang mempunyai kelebihan tersendiri, terutama dalam pelancongan eko.

Dalam masa yang sama, aspek keselamatan tetapi diberi perhatian kerana penggiat sektor tentunya hanya mahu bergerak ke hadapan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

"Tentu mereka pun tidak mahu buka dan tutup lagi sebaliknya bergerak ke hadapan, masuk ke fasa peralihan ke endemik dan cipta lebih banyak peluang pekerjaan dan keuntungan.

"Industri pelancongan adalah antara industri yang sangat peka dan mementingkan keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP).

"Kerajaan sendiri pun sangat mengambil berat tentang perkara ini, sebagai contoh angka vaksinasi yang tinggi boleh jadi penarik kepada pelancong untuk datang ke Malaysia," katanya lagi.

Buka Sempadan | Ketibaan pesawat luar pertama ke negara