awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Penganalisis ekonomi tersohor, Madeline Berma meninggal dunia
Jenayah terancang: Geng Rames didakwa di mahkamah
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sempadan: Penugasan polis di KLIA, klia2 pastikan pengembara patuh SOP

Bernama
Bernama
28/03/2022
07:32 MYT
Pembukaan sempadan: Penugasan polis di KLIA, klia2 pastikan pengembara patuh SOP
Polis akan memastikan pengembara mengimbas MySejahtera dan menjaga SOP sepanjang berada di KLIA dan klia2. - Gambar fail
SEPANG: Seramai 100 anggota polis akan ditugaskan di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) apabila sempadan negara dibuka semula Jumaat ini bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pengembara.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata polis akan memastikan pengembara mengimbas MySejahtera dan menjaga SOP sepanjang berada di KLIA dan klia2.
"Kita juga sentiasa memantau aspek keselamatan bagi menjamin keselesaan setiap individu yang berada di kedua-dua terminal udara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan membuka semula sempadan negara mulai 1 April dan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
Imran berkata kira-kira 30 anggota akan turut ditugaskan di Mitsui Outlet Park, yang dijangka menjadi lokasi tumpuan pelancong khususnya mereka yang transit melalui KLIA.
"Semua anggota bertugas secara syif di kedua-dua terminal udara dan Mitsui Outlet Park. Ini bermakna keselamatan setiap pelancong dan pengunjung terjamin sepanjang masa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#KLIA2
#sempadan negara dibuka semula
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan