awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Jong Nam: Kerajaan bakal buat keputusan dalam masa terdekat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/03/2017
06:03 MYT
Pembunuhan Jong Nam: Kerajaan bakal buat keputusan dalam masa terdekat
SUBRAMANIAM: Apa sahaja keputusan daripada Kerajaan, ia adalah hasil perbincangan melibatkan Kementerian Luar dan JPM serta pelbagai pihak termasuk Kerajaan Korea Utara. - Gambar fail
Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung penyelesaian kes pembunuhan Kim Jong Nam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Korea Utara dalam menyelesaikan kes tersebut.
"Apa sahaja keputusan daripada Kerajaan, ia adalah hasil perbincangan melibatkan Kementerian Luar dan JPM serta pelbagai pihak termasuk Kerajaan Korea Utara.
"Saya dimaklumkan mereka telah buat keputusan dan Kementerian Kesihatan akan mengikuti sebarang keputusan yang ditetapkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan pecah tanah tapak bangunan baharu SJK(T) Bangi di sini hari ini.
Tambahnya, Kerajaan telah beri masa dan peluang kepada waris untuk menuntut jasad mangsa, namun mereka masih tidak hadir.
"Kami telah beri waris banyak peluang, tapi mereka tidak muncul Kami telah buat keputusan kami. Hingga kini, belum ada waris yang datang," katanya.
Topic Berkaitan
#kim jong nam
#Korea Utara
#mangsa
#S Subramaniam
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan