KUALA LUMPUR: Warga asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia dibenar masuk ke negara ini tanpa perlu kelulusan imigresen melalui sistem MyTravelPass/MyEntry berkuat kuasa 1 Nov ini dengan syarat mempunyai pas yang sah.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) pada 22 Okt lepas.
Beliau berkata Pas Lawatan Jangka Panjang yang dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon melalui MTP/MyEntry adalah Diplomat (Exemption Order)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Penggajian (Kategori I,II,III)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Residen-Talent (RP-T)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Lawatan Ikhtisas - Pakar dan Pas Lawatan Ikhtisas.
Selain itu, Pemastautin Tetap (PR)/ Pasangan kepada PR/ Anak kepada PR, Pas Jangka Panjang (suami/ isteri/ anak) kepada Warganegara, Pas Warga Emas, Pas Balu/ Janda kepada Warganegara, Pas Pelajar/ Tanggungan/ Pengiring, Pas Malaysia My Second Home/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing, Pas Residen, Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pembantu Rumah Asing.
"Warganegara asing yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP/MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia iaitu Lawatan Sosial, Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh.
"Ia diikuti Permohonan Pas Penggajian (Kategori I,II,III)/ Pas Residen-Talent (RP-T)/ Tanggungan/ Pembantu Rumah Asing dan Pas Lawatan Ikhtisas - Pakar yang baru diluluskan serta Short Term Business Traveller," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata prosedur kemasukan semasa ketibaan di Malaysia masih tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada yang masih berkuat kuasa serta prosedur saringan kesihatan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Khairul Dzaimee berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) pada 22 Okt lepas. - Gambar fail
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.