awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis

Bernama
Bernama
23/04/2021
21:37 MYT
Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Polis akan memohon reman ke atas dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi dalang mangsa pemerdagangan manusia melibatkan lima wanita warga Vietnam, di Jalan Raden Bagus di sini, pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
"Operasi Pintas (Op Pintas) kira-kira 10.10 malam itu membongkar kegiatan jijik terbabit dipercayai telah beroperasi kira-kira sebulan lepas.
"Polis dalam masa sama, turut menemukan pasport milik kesemua mangsa dipercayai dipegang oleh seorang daripada suspek yang ditahan.
"Hasil siasatan juga mendapati mangsa telah dipaksa untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran RM250 dikenakan bagi setiap pelanggan," katanya dalam kenyataan semalam.
Saiful Annuar berkata pihaknya akan memohon reman ke atas dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Kesemua mangsa terbabit akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara," katanya.
Saiful Annuar berkata serbuan terbabit turut membawa kepada rampasan sembilan buah telefon bimbit, tiga keping kad akses bilik, 24 kondom selain wang tunai berjumlah RM1,250.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerdagangan
#pemerdagangan manusia
#polis
#ATIPSOM
#warga Vietnam
#Saiful Annuar Yusoff
#pasport
#khidmat seks
#reman
#suspek
#pusat perlindungan sementara
#IPO
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan