awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi

Hilal Azmi
Hilal Azmi
02/07/2018
11:36 MYT
Pemergian Mat Shuhaimi kehilangan besar buat PKR - Azmi
AZMIN: Beliau telah menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan berintegriti. - Astro AWANI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan pemergian ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie merupakan kehilangan besar buat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Baginya, segala kerja keras yang diusahakan Shuhaimi banyak membantu PKR dalam memenangi Pilihan Raya Umum lalu.
“Saya mengenali beliau secara peribadi dan membantu saya sebagai setiausaha politik dan beliau telah menjalankan tugas dengan jujur, amanah, berintegriti dan telah buktikan bahawa perjuangan ini mesti diteruskan dan kehilangan ini amat saya terasa secara peribadi,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Seksyen 21 pada Isnin.
BACA: ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie meninggal dunia
Jelasnya lagi, beliau telah meminta Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari untuk memberikan bantuan sewajarnya untuk anak-anak Allahyarham.
Selain itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pula mengenali Shuhaimi sebagai seorang yang lemah lembut dalam segala tindakannya.
“Dia tidaklah keras berpidato seperti saya, kalau bercakap tu macam bagi taklimat.
“Tapi, saya melihat beliau sebagai seorang yang kuat bekerja dan banyak yang dilakukannya di peringkat akar umbi,” katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham di sini pada Isnin.
Allahyarham Shuhaimi berjaya memenangi PRU lalu dengan majoriti 12,480.
Namun, beliau tidak sempat menghadiri Mesyuarat Penggal Pertama DUN atas faktor kesihatan.
BACA: Sebelum kritikal, dia nak saya rahsiakan situasi sakitnya - Isteri Shuhaimi Shafie
Topic Berkaitan
#ADUN
#Azmin Ali
#Mat Shuhaimi Shafie
#PKR
#politik
#sungai kandis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan