awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Tan Sri Omardin dirasai netizen

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
20/06/2015
05:54 MYT
Pemergian Tan Sri Omardin dirasai netizen
Laman Twitter menjadi platform buat para netizen menzahirkan kesedihan terhadap berita pemergian Tan Sri Haji Omardin Mauju.
Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Haji Omardin Mauju meninggal dunia pada jam 3.20 pagi ini. Allahyarham berusia 74 tahun.
Beliau yang dianggap pendekar negara merupakan seorang yang dihormati dan disegani rakyat Malaysia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tawakal.
Laman Twitter menjadi platform buat para pengguna menzahirkan kesedihan.
Takziah pada keluarga pak guru omardin
— nashreeq (@nashrieck) June 20, 2015
Dunia persilatan Melayu di ambang kesedihan sekiranya berita Mahaguru Omardin dah meninggal tu betul
— Lone Ranger (@tintarasaharish) June 20, 2015
Al fatihah Mahaguru Tan Sri Omardin. Jasamu akan kami kenang. Silat lincah tetap di hati. pic.twitter.com/ZhfMs470KJ
— Waa (@waneyyy_) June 20, 2015
Semoga roh Allahyarham Tan Sri Omardin dicucuri rahmat. Amin ya rabb. pic.twitter.com/5E6JN7W4P9
— AnymAsmyra (@TengkuAnym) June 20, 2015
Al-Fatihah. Tkziah kpd keluarga arwah. Negara telah kehilangan seorang pejuang dan pendekar. Ayahanda TS Hj Omardin. pic.twitter.com/YXcqNBJr6Z
— Ali Amir Razali (@aliamirrazali) June 19, 2015
Innalillah wa inna ilahiraji'un. Takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju, Mahaguru & Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia
— Asrul Muzaffar (@asrulmm) June 19, 2015
Al-fatihah. Doakan mahaguru Tan Sri Omardin. last jumpe dia time persembahan silat lincah aku ritu. pic.twitter.com/k9EEy3UAhY
— Amirah (@MyraMyrayaa) June 20, 2015
Takziah kepada Allahyarham Tan Sri Mahaguru Omardin Tan Sri Pendekar Negara http://t.co/tEB6kJDFup
— Terence Choong (@TerenceChoong) June 20, 2015
Al-Fatihah kepada pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia,Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Mauju yang telah meninggal dunia pagi tadi.
— SkyDiver (@NazrinArifs) June 20, 2015
Mahaguru Omardin dah meninggal ? Ya Allah hilang sudah seorang pengerak persilatan di tanah melayu nie. Al-Fatihah.
— Aren (@aarennators) June 20, 2015
Sementara itu, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan bekas Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Tan Sri Johan Jaafar turut meluahkan rasa sedih mereka di Twitter.
Arwah rapat dgn saya-Al Fatihah NewsOfficial: ..pengasas Seni Silat Lincah Msia TS Omardin Mauju meninggal dunia H2O pic.twitter.com/BjfNcyOr54/p>— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 20, 2015
Baru mendapat khabar sahabat lama Mahaguru TS Omardin meninggal dunia jam 3.20 tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Al Fatihah
— Johan Jaaffar(@Johan_Jaaffar) June 19, 2015
Tan Sri Omardin dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor dan dibesarkan di Kampung Puah, Gombak.
Meskipun mempunyai kekurangan sejak kecil, itu tidak menghalang Tan Sri Omardin mempelajari seni silat semasa berusia 18 tahun sekaligus memperjuangkan seni mempertahankan diri itu hampir 5 dekad.
Pada 2011 beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh kerajaan Persekutuan.
Pada Julai tahun yang sama, beliau dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perhimpunan sempena 50 tahun pertubuhan PSSLM.
Anugerah khas adalah pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri yang diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#PSSLM
#Seni Silat Lincah
#Tan Sri Haji Omardin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan