awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu

Bernama
Bernama
22/02/2024
05:30 MYT
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Menurut Alfred, Abdul Taib ialah sahabat baiknya serta telah banyak menyumbang untuk Sarawak. - Gambar fail
KUCHING: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata Abdul Taib ialah sahabat baiknya serta telah banyak menyumbang untuk Sarawak.
"Tiada siapa di Sarawak setakat ini yang mempunyai rekod yang sama dalam pentadbiran seperti Tun Abdul Taib. Terima kasih Tun...saya tak boleh lupakan apa yang telah Tun lakukan untuk membantu saya, keluarga saya dan Sarawak.
"Tun telah memberi 61 daripada 87 tahun hayatnya untuk rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Pagi ini, jenazah Abdul Taib dibawa ke bangunan itu bagi memberi peluang kepada orang ramai, orang kenamaan dan anggota Kabinet memberi penghormatan terakhir, bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Solat jenazah dijadual diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.
Abdul Taib yang juga digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Alfred Jabu Numpang
#sahabat baik
#rakyat Sarawak
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan