MALAYSIA
Pemergian Zara Qairina satukan rakyat Malaysia - Nurul Izzah

Nurul Izzah berkata, beliau amat memahami kesedihan yang ditanggung oleh ibu Allahyarham yang hanya mahu melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak lain, sihat dan ceria. - Foto FB Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, telah menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan dan perbezaan, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.
Ringkasan AI
- Nurul Izzah Anwar menyatakan pemergian Allahyarham Zara Qairina telah menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan dan perbezaan, serta menyentuh hati sebagai seorang ibu.
- Beliau berazam untuk terus memperjuangkan keadilan agar pihak bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal demi menjamin keselamatan anak-anak di negara ini.
- Nurul Izzah menyeru semua pihak untuk terus berdoa dan cakna agar tragedi seperti ini tidak berulang serta keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.
Beliau turut menyatakan keazaman untuk tidak akan berhenti memperjuangkan kes itu sehingga orang yang bertanggungjawab menerima hukuman setimpal bagi menjamin persekitaran yang selamat untuk anak-anak rakyat Malaysia.
"Kita akan terus mengikuti dan memantau dengan rapat perkembangan terkini menerusi pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Peguam Negara kerana setiap anak berhak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat, bebas daripada ketakutan dan ancaman.
"Ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk terus cakna, melindungi dan memastikan tragedi seperti ini tidak berulang lagi," katanya.
Nurul Izzah juga menyeru semua pihak untuk terus berdoa, berusaha dan bertawakal agar keadilan serta kebenaran ditegakkan dan roh Zara Qairina ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami