Seorang pemerhati Umno dari Taiping, Perak ditemui meninggal dunia pada Jumaat di stesen bas di hadapan hotel Seri Pasifik sebelum sempat untuk pulang ke kampung.
Ahmad Hariri Alang, 62, dari Kampung Pinang, Kamunting, Perak yang juga seorang veteran Umno ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring sebelum disahkan identitnya.
Ahmad Hariri Alang, 62 ditemui meninggal dunia
Menurut ketua rombongan, Mazlan Abd Majid, 58, mangsa yang sampai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 7.30 pagi sepatutnya pulang ke Perak pada sebelah petang.
"Arwah mengikuti segala majlis perhimpunan Umno... dan semua peserta veteran telah diberitahu akan berkumpul di hadapan PWTC pada pukul 5.30 ke 6 petang.
"Apabila dah berkumpul semua peserta didapati seorang peserta kami tidak kelihatan... jadi saya mengambil keputusan untuk mencari," kata beliau.
Beliau memberitahu setelah satu jam setengah mencari, beliau mendapat makluman bahawa ada individu meninggal dunia dan mendapat tahu bahawa ia adalah Ahmad Hariri.
Tambah beliau pihaknya kemudian menghubungi Hospital Kuala Lumpur yang menghantar sebuah ambulans dan pegawai perubatan mengesahkan Ahmad Hariri telahpun meninggal dunia.
Katanya Ahmad Hariri dilaporkan baru lepas minum bersama rakan-rakan dan sedang menuju ke PWTC untuk menaiki bas yang sedang menunggu mereka untuk pulang ke Perak.
Mazlan juga berkata mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda atau mengadu kesakitan sebelum meninggal.
"Menurut anak arwah, dia ni ada darah tinggi," tambah beliau ketika ditanya mengenai punca kematian si mati.
Sementara itu, anak saudara mangsa, Saliza Ahmad, 45 berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk minum apabila terdengar orang menyebut nama Ahmad Hariri.
Beliau kemudiannya meminta untuk melihat wajah Hariri selepas mengesahkan bahawa ia adalah bapa saudaranya.
Kejadian itu telah menarik perhatian orang ramai termasuk wartawan, yang pantas mengerumuni kawasan di hadapan hotel Seri Pacific.
Turut hadir dan melahirkan rasa simpati adalah Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang berjanji bahawa kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh Umno.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Ahmad Hariri pada pukul 5.45 petang.
Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke Perak oleh keluarga untuk dikebumikan.
Haider Yutim
Sat Dec 01 2012
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Pengantin wanita meninggal dunia pada hari perkahwinan
Allahyarham mula menunjukkan perubahan apabila dia memberitahu mula 'lemas' setelah disapa ramai tetamu.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Jenazah Johan Abdullah selamat dikebumikan
Jenazah pelakon, Allahyarham Johan Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale di sini pada jam 11.05 pagi pada Ahad.
Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bekas Ketua Pengarah Penyiaran meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Jaafar Kamin meninggal dunia pada usia 81 tahun di kediamannya di Seksyen 9, Kota Damansara petang tadi.
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Ibu pula menyusul 'pergi' selepas tiga hari anak meninggal dunia
Seorang ibu yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama mayat anaknya di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, di sini yang sedang dilanda banjir, meninggal dunia pada Selasa.
Hidap kanser tahap 4, isteri Cikgu Din meninggal dunia
Isteri kepada guru yang dikenali sebagai Cikgu Din yang menghidap barah tulang rawan tahap empat meninggal dunia, pada malam Isnin.
Peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas tamatkan larian
Seorang peserta Maraton Standard Chartered Singapura meninggal dunia selepas menamatkan larian pada Ahad.