awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerkasaan koperasi bantu tangani kenaikan harga barang

Bernama
Bernama
07/02/2022
20:00 MYT
Pemerkasaan koperasi bantu tangani kenaikan harga barang
Noh turut menggalakkan masyarakat untuk menubuhkan koperasi terutamanya bagi graduan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited dalam membantu menangani permasalahan kenaikan harga barang makanan, antaranya melalui pemerkasaan koperasi yang terlibat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntukkan RM 1 juta bagi koperasi terlibat dalam bidang itu dan menggalakkan mereka untuk menjalankan perniagaan dalam bentuk contract farming yang tidak melibatkan orang tengah.
"Kita ada 15 koperasi yang berniaga secara contract farming, tapi mereka terlibat dengan syarikat-syarikat besar (seperti KFC dan CP).
"Bayangkan kalau kita boleh wujudkan koperasi menternak ayam, ikan dan sebagainya dan kita ada pusat pengumpulan dan kita beli sendiri, elakkan penglibatan orang tengah," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Menuju 100 tahun Koperasi di Malaysia' terbitan Bernama TV pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan masyarakat untuk menubuhkan koperasi terutamanya bagi graduan.
"Kita juga akan bagi bantuan permulaan untuk mereka ini lebih bersemangat dalam menubuhkan koperasi dan syarat penubuhan juga telah diringankan, 20 orang sahaja dah boleh tubuh koperasi," katanya.
Sambutan 100 tahun koperasi pada tahun ini bertemakan '100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia' akan berlangsung pada 12 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#harga barang
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan