Tiga belas cabang PKR akan mengadakan pemilihan bagi peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) minggu ini setelah perjalanan pemilihan sebelum ini bermasalah dan dibatalkan.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) juga telah mengarahkan empat lagi cabang supaya mengadakan pemilihan semula pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata pihaknya akan mengeluarkan notis pemilihan parti bagi semua cabang-cabang yang dinyatakan dalam masa terdekat.
"JPP telah membuat keputusan bahawa cabang Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit, Pengerang, Tenggara, Tenom dan Keningau akan mengadakan pemilihan pada 17 Mei ini.
"Manakala bagi cabang Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani akan mengadakan pemilihan pada satu tarikh yang akan ditetapkan dan diumumkan kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemilihan pimpinan PKR sesi 2014-2017 di beberapa cabang terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan dan terdapat dakwaan berlakunya penipuan pemilihan.
Sebelum ini terdapat desakan dari seorang ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin supaya JPP membuat keputusan membatalkan penyertaan timbalan presiden parti Azmin Ali atas dakwaan melakukan penipuan pemilihan.
Biarpun dihimpit kontroversi dan dipalitkan dengan dakwaan membeli undi, Azmin dilaporkan terus selesa di hadapan dua pesaingnya dalam merebut jawatan timbalan presiden.
Astro Awani
Wed May 07 2014
JOHARI: Notis pemilihan parti akan dikeluarkan dalam masa terdekat
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Tanggapan bahawa saya 'orang kuat Azmin' kurang tepat - MB Selangor
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, khabar angin yang mengatakan beliau adalah orang kuat kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak memegang jawatan itu, adalah kurang tepat.