awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik akaun Twitter warga Palestin diminta tampil bantu siasatan polis kes rasuah

Bernama
Bernama
13/11/2021
13:14 MYT
Pemilik akaun Twitter warga Palestin diminta tampil bantu siasatan polis kes rasuah
ACP ZAINAL MOHAMED: Polis telah merakam keterangan beberapa anggota yang bertugas semasa sekatan jalan raya tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemilik akaun Twitter 'NURATIKAHROSE' dan seorang lelaki warga Palestin bagi membantu siasatan berhubung rakaman suara yang tular mendakwa anggota polis meminta wang sogokan di sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak Lama, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata pemilik akaun berkenaan telah memuat naik beberapa rakaman suara milik lelaki Palestin itu yang mendakwa seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan itu telah meminta wang daripadanya atas kesalahan gagal menunjukkan dokumen diri yang sah.
"Polis telah merakam keterangan beberapa anggota yang bertugas semasa sekatan jalan raya tersebut. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti anggota yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Abdul Aziz Sulaiman di talian 03-61262222 dan 016-7185750.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NURATIKAHROSE
#Pemilik akaun Twitter
#warga Palestin
#wang sogokan
#Rasuah
#Sekatan Jalan Raya
#Polis Daerah Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan