awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik ambil kenderaan dihantar ke bengkel suspek kes bunuh di Tapah

Bernama
Bernama
07/11/2015
13:16 MYT
Pemilik ambil kenderaan dihantar ke bengkel suspek kes bunuh di Tapah
Menurut polis, barangan yang dibawa keluar daripada bengkel itu bukan barang kes. -Gambar fail
Pemilik yang menghantar kenderaan dan komponen ke bengkel milik empat sekeluarga dalam kes pembunuhan kejam sekurang-kurangnya empat mangsa di Jalan Pahang di sini, mengambilnya semula di bengkel berkenaan hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata barangan yang dibawa keluar daripada bengkel itu bukan barang kes.
"Pemilik kenderaan berkenaan datang ke bengkel petang semalam untuk meminta kebenaran mengambil barangan mereka ketika suspek dibawa ke lokasi," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata anak perempuan suspek berusia 23 tahun juga dibawa ke lokasi kejadian bagi memantau kerja-kerja membawa keluar kenderaan dan komponen terbabit, selain memberi makan kepada haiwan ternakan mereka seperti anjing, ayam dan itik.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati tiga lori dan sebuah kren kelihatan melakukan kerja-kerja memunggah dan memindahkan kenderaan serta komponen terbabit, yang bermula 11.30 pagi dan berakhir 1.30 petang.
Anak suspek dilihat memasuki lokasi kejadian dengan menaiki motosikal kira-kira 1 petang, dengan diiringi seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat wanita serta dua anggota polis serta meluangkan masa kira-kira setengah jam memantau proses membawa keluar kenderaan dan komponen terbabit.
Dia dilihat kembali semula ke lokasi kejadian pada 2.30 petang untuk memberi makan kepada haiwan peliharaan keluarganya.
Topic Berkaitan
#bunuh dan bakar
#empat sekeluarga
#pembunuhan kejam
#Som Sak Din Keliaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan