NATIONAL
Pemilik bengkel kereta didakwa lakukan sumbang mahram dengan anak tiri

Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tiri perempuannya ketika mangsa berusia sembilan dan 14 tahun. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya lima tahun lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut semasa mangsa berusia sembilan tahun tujuh bulan dan 14 tahun lima bulan.
- Hakim menetapkan sebutan kes pada 21 April untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Bagi seksyen 376B, hukumannya ialah penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala Seksyen 16 (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan jaminan bagi dua pertuduhan itu bagi mengelakkan lelaki itu mengganggu mangsa memandangkan mereka tinggal serumah.
Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah membenarkan jaminan atas alasan menyara anak yang masih kecil serta mempunyai ibu tidak sihat dan kakak orang kurang upaya (OKU).
Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan kes pada 21 April untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami