awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik bot maut selepas ditembak di Besut

Bernama
Bernama
27/07/2017
23:31 MYT
Pemilik bot maut selepas ditembak di Besut
Dipercayai suspek yang membonceng motosikal telah mengacukan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena dua tembakan dalam kejadian di Kampung Teluk Bayu, Besut, malam ini.
Mangsa, Daud @ Wan Ahmad Bin Wan Awang, 68, yang juga pemilik bot perikanan dipercayai keluar minum bersama rakannya yang dikenali sebagai Nek Der pada pukul 5.30 petang di Gerai Dataran Kuala Besut, di sini dengan menaiki kereta mangsa jenis Mercedes Benz.
Kira-kira pukul 7.30 malam ketika dalam perjalanan ke rumah setelah selesai minum, kereta mangsa tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah di Simpang Tiga, Jalan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.
Suspek dipercayai memakai helmet warna merah dan menutup muka dengan kain.
Dipercayai pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya telah mengacukan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa menyebabkan rakan mangsa yang ketakutan telah terjun keluar dari kereta tersebut.
Manakala mangsa terus memandu kereta berkenaan sehingga terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian.
Suspek melarikan diri sejurus kejadian manakala rakan mangsa menghubungi anak lelaki mangsa dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun disahkan telah meninggal dunia.
Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat dua kesan luka tembakan iaitu pada bahagian dada kanan dan bahu kanan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
Katanya kes masih dalam siasatan dan polis juga sedang giat memburu suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besut
#Kuala Besut
#maut
#meninggal dunia
#polis
#suspek
#tembakan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan