awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu bakal pengantin

Bernama
Bernama
31/01/2024
06:40 MYT
Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu bakal pengantin
Hasmerun mengaku bersalah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik butik pengantin di Raub, Pahang yang menawarkan khidmat perancang perkahwinan dijatuhkan hukuman penjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menipu pelanggannya yang juga bakal pengantin melibatkan kerugian RM9,000 tahun lepas.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmerun Hashim, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, Hasmerun didakwa menipu seorang wanita berusia 29 tahun dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang berjumlah RM9,000 secara berperingkat sebanyak dua kali transaksi ke akaun CIMB atas nama Arjuna Cinta Wedding milik tertuduh dalam urusan untuk mendapatkan khidmat perancang perkahwinan.
Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di sebuah kediaman di Taman Shamelin Perkasa, Cheras pada 23 Ogos dan 25 Ogos 2023, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.
Hasmerun, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman minimum atas alasan dia menanggung ibu bapa yang sakit, adik yang bersekolah dan anak saudara.
"Saya mengaku salah atas kesalahan dibuat dan mohon hukuman sebat digugurkan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain memaklumkan tidak ada keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah tidak mengenakan hukuman sebatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#butik pengantin
#tipu pengantin
#Raub
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan