JOHOR BAHRU: Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini memohon pemilik darah jenis O dan AB tampil menderma berikutan keperluan bagi kedua-dua jenis darah itu agak tinggi ketika ini.
Jabatan itu memaklumkan orang ramai yang ingin menderma boleh hadir ke lokasi seperti dimaklumkan dalam laman Facebook Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru.
“Kempen derma darah turut diadakan di Pusat Derma Darah Johor di Mid Valley Southkey hari ini hingga Ahad bermula 10 pagi hingga 6.30 petang.
“Selain itu, di AEON Mall Bukit Indah pada hari ini, Sabtu dan Ahad (10 pagi hingga 3 petang) serta Pusat Pendermaan Darah HSA (8 pagi hingga 4.30 petang) hari ini dan esok,” menurut jabatan itu menerusi Facebook.
-- BERNAMA