IPOH: Seorang pemilik kedai kopi terkenal di sini dilaporkan hilang selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata Kamarudin Daud, 58, dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari kedai kopi miliknya kira-kira pukul 9.20 pagi.
Beliau berkata menurut laporan daripada menantu lelakinya yang berusia 26 tahun, bapa mentuanya keluar dengan membawa barang peribadi dan sebuah beg.
"Kebiasaannya mangsa keluar untuk membeli barang sahaja tetapi sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih tidak balik ke kedai dan rumah.
"Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju T-shirt berwarna hitam dan hijau dan bertulis 'Islam' berwarna hijau," katanya dalam kenyataan malam ini.
Yahaya berkata tiada rekod mangsa dimasukkan atau didaftarkan di mana-mana hospital termasuk Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan hospital swasta berhampiran.
"Ini adalah kali pertama mangsa keluar dari rumah tanpa memberitahu apa-apa dan kemungkinan mangsa merajuk dan berlaku selisih faham antara keluarga.
"Namun punca sebenar mangsa keluar dari rumah masih tidak dapat dikenal pasti pasti," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Yahaya berkata Kamarudin Daud, 58, dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari kedai kopi miliknya kira-kira pukul 9.20 pagi. - Gambar fail

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Pemilik kedai kopi terkenal di Ipoh dilaporkan hilang
Seorang pemilik kedai kopi terkenal di sini dilaporkan hilang selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar di sini, Ahad lepas.