KUALA LUMPUR: Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 15 Mei depan.
Hakim, N Priscilla Hemamalini membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam M Pravin mewakili Mohamad Rizal selaku pemohon dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Abu Bakar.
"Mahkamah membenarkan permohonan itu dan dia perlu pulangkan dokumen perjalanan berkenaan kepada mahkamah pada 31 Mei depan," katanya.
Terdahulu, Pravin berkata, anak guamnya memerlukan pasport itu untuk ke Makkah, Arab Saudi bagi mengerjakan umrah dan Mohamad Rizal akan pulang ke tanah air pada 29 Mei.
"Anak guam saya akan mengembalikan pasport itu sehari atau dua hari selepas pulang daripada menunaikan umrah," katanya.
Nurul Ain tidak membantah permohonan berkenaan.
Sebelum ini, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
Pada 6 April lepas, Mohamad Rizal mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 20 Januari lepas menolak representasi pertama tertuduh.-- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 14 2023
Sebelum ini, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook. - Fail/BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Pemilik kelab komedi Crackhouse dibenar ambil pasport untuk umrah
Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dibenarkan untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 15 Mei depan.