awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik pusat hiburan di Kuching dikompaun kali ketiga gagal patuh SOP

Bernama
Bernama
03/07/2021
21:46 MYT
Pemilik pusat hiburan di Kuching dikompaun kali ketiga gagal patuh SOP
Polis keluarkan kompaun ke atas pemilik sebuah pusat hiburan selepas didapati beroperasi ketika penguatkuasaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan.
KUCHING: Polis mengeluarkan kompaun ke atas pemilik sebuah pusat hiburan di Jalan Song di sini selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran ketika penguatkuasaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kompaun bernilai RM10,000 itu dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan kira-kira 10.30 malam Jumaat menerusi Op Patuh yang turut disertai Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak.
Beliau berkata sembilan pelanggan berumur 19 hingga 32 tahun yang berada di dalam premis tersebut turut dikompaun RM2,000 seorang.
"Semakan polis mendapati premis tersebut (pusat hiburan) pernah dikompaun dua kali sebelum ini iaitu pada Ogos 2020 dan Mac 2021 atas kesalahan membuka premis lebih dari masa ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan tiada penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ahsmon berkata susulan daripada keingkaran berterusan daripada pemilik premis terbabit, pihaknya akan mencadangkan pembatalan lesen premis perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.
Beliau berkata sejak Op Patuh dilancarkan, sebanyak 11 kompaun telah dikeluarkan melibatkan dua premis dan 31 individu di bandar raya ini dengan jumlah keseluruhan kompaun mencecah RM64,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kompaun
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
#pusat hiburan
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan