KUALA LUMPUR: Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam kerana khuatir dengan keselamatan diri, pekerja atau premis mereka jika membuat aduan.
"Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan penguatkuasaan dan tangkapan kes penyeludupan diesel ini.
"Kes penyeludupan diesel yang berleluasa sebelum ini perlu dikekang, jadi kita perlu mendapatkan maklumat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di sini hari ini.
Armizan memohon semua pihak terlibat memberikan kerjasama kerana ketirisan subsidi diesel oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan sabotaj terhadap usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pemberian subsidi bahan api itu.
Pada Selasa lepas, media melaporkan Armizan sebagai berkata terdapat pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket penyeludupan jika tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
Hari ini, beliau mengesahkan ada pemilik stesen minyak membuat laporan mendakwa mereka diancam sindiket tersebut dengan mengugut mahu membakar atau merosakkan fasiliti di stesen minyak terlibat.
Selain KPDN, terdapat laporan dibuat kepada polis dan Armizan berkata pihaknya sedang mengumpulkan laporan supaya siasatan serta tindakan dapat diambil terhadap pihak terlibat.
Dalam perkembangan lain, Armizan berkata Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) telah menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh 24 April hingga 23 Mei ini.
Keputusan itu dibuat dengan tujuan menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan selain untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan melindungi hak harta intelek mereka.
"Langkah ini bersesuaian kepada mereka yang ingin membuat carian harta intelek kerana kebiasaannya fi yang dikenakan ialah RM250, tetapi dalam tempoh sebulan ini kita buka secara percuma bagi menggalakkan mereka mendaftarkan harta intelek masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
ARMIZAN: Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan penguatkuasaan dan tangkapan kes penyeludupan diesel ini. -Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.