awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Inflasi Mei 2025 catat 1.2 peratus, terendah sejak 2020
MALAYSIA
STPM 2024 catat PNGK Nasional 2.85, tertinggi dalam rekod
MALAYSIA
Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan

Bernama
Bernama
10/05/2024
12:00 MYT
Sponsor Banner
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. - Gambar fail/Astro AWANI
PAPAR: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata tumpuan beliau ketika ini ialah menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Papar sekali gus menjalankan tugas selaku menteri di peringkat Persekutuan.
"Saya gembira sebagai Ahli Parlimen dan sekarang ini diamanahkan sebagai menteri Persekutuan. Dengan kekangan masa, saya fikir saya tumpukan kepada tugas sebagai Ahli Parlimen dan menteri Persekutuan.
"Saya gembira sekiranya dibantu oleh tiga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Papar)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian cawangan baharu Co-opBank Pertama di sini yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini.
Terdapat tiga DUN di bawah Parlimen Papar iaitu Kawang, Pantai Manis dan Limbahau.
Ewon, yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), ketika ditanya mengenai persediaan partinya menghadapi PRN Sabah akan datang, berkata semua bahagian telah diminta turun ke lapangan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.
Beliau berkata pihaknya juga bekerjasama dengan rakan komponen dalam GRS menganjurkan konvensyen untuk memberi mesej tersirat kepada rakyat Sabah bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri mesti dipertahan serta dikekalkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#tanding DUN
#Armizan Mohd Ali
#Gabungan Rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami