PUTRAJAYA: Pengendali rangkaian 5G negara, Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka memuktamadkan pemilikan ekuiti dalam syarikat tersebut hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata DNB akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi beberapa pengumuman penting termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta barisan kepimpinan baharu DNB.
"Insya-Allah sebelum penghujung hari esok, kita akan ada pengumuman daripada DNB mengenai 5G," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pakej 5G Rahmah dan insentif pascabayar Rahmah Penjawat Awam, di sini semalam.
Fahmi sebelum ini berkata semua syarikat telekomunikasi sudah setuju untuk menandatangani perjanjian akses bagi menyediakan perkhidmatan 5G tetapi ada satu lagi aspek iaitu pemilikan ekuiti atau perjanjian langganan saham dalam DNB belum diumumkan.
Pada 21 Julai lalu, Fahmi berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB dalam masa terdekat.
Langkah itu sekali gus menyokong pembangunan rangkaian 5G sehingga mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.
Fahmi berkata liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 66.8 peratus setakat 31 Julai lepas.
Mengenai pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang melanggan pekhidmatan 5G, Fahmi berkata pendirian Kabinet dan sentimen rakyat mengenai isu itu telah disampaikan kepada syarikat telekomunikasi
"Saya telah menyampaikan (isu) ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan meminta mereka bercakap dengan syarikat telekomunikasi untuk menjelaskan dan membetulkan perkara itu. Saya serahkan kepada MCMC untuk membuat pengumuman," katanya.
Mengenai pertemuan dengan wakil TikTok pada Isnin, Fahmi berkata antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai kandungan media sosial yang melanggar undang-undang Malaysia tidak boleh dibenarkan serta isu perbelanjaan pengiklanan yang dikaut oleh syarikat gergasi teknologi antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Fahmi berkata liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 66.8 peratus setakat 31 Julai lepas. - Gambar fail/Bernama
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Digital Nasional Bhd (DNB) perlu kemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selewatnya minggu depan.
Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.
Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.
Pencapaian penting SSA tercapai, telco ambil pegangan ekuiti - DNB
DNB berkata ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia.
Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.