JOHOR BAHRU: Seramai 119,491 pengundi warga Indonesia yang berada di Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka keluar mengundi sempena Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2024 di pusat mengundi di seluruh negeri pada Ahad.
Ketua Pelaksana Pemilu Luar Negara Johor Bahru, Ardiyanshah Syahrom berkata, daripada jumlah itu menyaksikan sejumlah 90,666 pengundi datangnya dari Johor dan mengundi di beberapa pusat di negeri ini.
Menurutnya, bagi pemilih berdaftar di Johor Bahru pada hari ini (Ahad) adalah seramai 2,684 orang yang mengundi di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI).
“Alhamdulillah, proses mengundi di sini berjalan lancar dengan petugas di KJRI turut mengendalikan pemilihan menerusi peti undi bergerak membabitkan rakyat Indonesia di empat negeri seperti Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Peti undi atau 'drop box' kita telah jalankan sejak 5 Februari lalu sehingga hari ini. Sehingga 9 Februari lalu, kita telah dapat mengumpulkan 55,000 pemilih menerusi peti undi bergerak ini,” katanya pada sidang akhbar sempena proses undi awal di KJRI pada Ahad.
Untuk rekod, Pemilu 2023 akan diadakan pada 14 Februari ini dengan tempoh kempen bermula pada 28 November tahun lalu dan berakhir semalam.
Sementara itu, Ardiyanshah berkata, pihak KJRI Johor Bahru turut bertanggungjawab mengendalikan pemilihan menerusi peti undi bergerak membabitkan rakyat Indonesia di empat negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada Pemilu kali ini.
“Pemilihan melalui peti undi bergerak antaranya dijalankan di komuniti penempatan warga Indonesia serta kilang dan ladang di empat negeri tadi bermula 5 Februari lepas sehingga hari ini,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 11 2024
Aridiyanshah (kiri), memerhatikan tugas yang dilaksanakan petugas. Gambar kecil: Ardiyanshah. - Foto Sinar Harian
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.