Citizens International, sebuah badan bebas dan jaringan bukan kerajaan, menggesa pemimpin Asean agar mencontohi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyatakan sokongan kepada penduduk Palestin.
Presidennya SM Mohamed Idris berkata lawatan pemimpin Asean ke Gaza akan mengurangkan penderitaan penduduknya selain memberi sokongan kepada mereka dalam usaha merobohkan kepungan haram Israel terhadap Gaza.
"Lawatan Emir Qatar yang juga sekutu Amerika Syarikat, perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri luar Turki dan pemimpin lain dunia menandakan kedudukan Gaza sebagai kem tahanan terbuka terbesar akan berakhir.
"Kejayaan ini hasil keteguhan penduduk Gaza menentang kekerasan Israel," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB agar bertindak ke atas pemimpin Israel dan mereka yang terbabit dalam pencerobohan wilayah Palestin.
Ketua Pengarah Kementerian Perancangan dan Strategik Gaza, Letimad Tarshawi yang turut hadir, berkata penduduk Palestin sangat menghargai sumbangan dan bantuan yang disalur kerajaan Malaysia.
"Penduduk Palestin sedang menunggu sokongan masyarakat Islam. Kami mahu berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menjadi pihak pertama menghulurkan bantuan kepada kami. Kami juga berterima kasih kepada Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) yang membangunkan pelbagai projek di Gaza," katanya.
Citizens International merupakan inisiatif global berpangkalan di Pulau Pinang yang bermatlamat mengusahakan keamanan dan keselamatan antarabangsa dengan menganalisis faktor yang menyumbang kepada peningkatan gerakan ketenteraan di dunia ini.
Bernama
Wed Feb 06 2013
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Tragedi solat Jumaat: Kerajaan diminta gesa OIC adakan mesyuarat tergempar
Mesyuarat tersebut juga adalah untuk membincangkan punca serangan itu dan merangka pelan untuk memerangi penyebaran perasaan membenci terhadap umat Islam dan Islam.
Pemimpin Asean digesa contohi Najib lawat Gaza
Citizens International menggesa pemimpin Asean agar mencontohi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyatakan sokongan kepada penduduk Palestin.