awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin berintegriti dahulukan kepentingan rakyat - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2021
04:46 MYT
Pemimpin berintegriti dahulukan kepentingan rakyat - Syed Ali
Syed Ali turut meminta bangsa Melayu dan umat Islam membina semula tembok kekuatan dengan berpaksikan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan mendaulatkan Raja berpelembagaan untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara dengan.
KUALA LUMPUR: Pemimpin berintegriti adalah pemimpin yang mendahului kepentingan rakyat dan berkongsi keresahan mereka dengan tidak menyasarkan agenda politik untuk kepentingan puak tertentu atau berhempas-pulas membina tampuk kuasa.
Dalam masa sama, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee berkata, golongan agama yang mengelilingi pemegang kuasa juga sewajarnya menunjukkan teladan dan akhlak kepimpinan terpuji sesuai dengan tahap keilmuan agama yang mereka miliki.
Tegasya, mereka juga bukannya sekadar bersandarkan kepada pengaruh jawatan untuk mengumpul kemewahan dan menagih populariti duniawi.
"Malah golongan ini juga amat diiharapkan oleh rakyat khususnya umat Islam agar menjadi contoh pemimpin Islam yang berpegang kuat dan mempertahankan ajaran Ahli Sunnah WalJamaah.
"Ia usaha menyuburkan syiar Islam dan memperkasakan ketahanan minda serta akidah umat di masa akan datang," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Syed Ali menjelaskan, realiti rakyat hari ini berdepan dengan kecelaruan politik, ekonomi, sosial dan keyakinan akibat persekitaran semasa yang tidak menentu.
"Saban hari kita mendengar rungutan, keluh-kesah, kekecewaan dan pengharapan daripada pelbagai lapisan rakyat yang kesemuanya menuntut satu tahap kehidupan yang lebih baik sepertimana yang mereka pernah kecapi sebelum ini," tegasnya.
Syed Ali turut meminta bangsa Melayu dan umat Islam membina semula tembok kekuatan dengan berpaksikan kepada prinsip demokrasi berparlimen dan mendaulatkan Raja berperlembagaan untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara dengan.
Beliau juga meminta semua mengetepikan apa juga aliran kepimpinan yang tidak menjanjikan kesejahteraan untuk rakyat, hanya sekadar cakap-cakap dan pengharapan politik yang samar dan kabur.
"Kita mampu mengubahkannya jika kembali bersatu kerana kita sememangnya ada kekuatan dan berupaya berbuat demikian," katanya.
Topic Berkaitan
#Syed Ali
#politik
#kerajaan
#Melayu
#rakyat
#COVID-19
#ekonomi
#Islam
#integriti
#pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan