PAS Kelantan mengeluarkan amaran kepada semua pemimpin dan anggotanya supaya tidak menyertai program yang membabitkan penyertaan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata langkah itu dibuat berikutan masih terdapat majlis tertentu terutama yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut melibatkan anggota Amanah.
"Keputusan agar tidak terlibat dengan PAN dalam sebarang majlis telah diputuskan PAS pusat sebelum ini, namun hubungan murni tetap berlaku dengan PKR," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian watikah dan angkat sumpah anggota majlis bagi Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Yang Dipertua MPKB-BRI Zamri Ismail.
"Di Kelantan tidak ada kepentingan PKR bersama Amanah...jadi kita minta PKR hendaklah benar-benar memahami suasana dan situasi politik di negeri ini," katanya.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata setakat ini, kepimpinan PKR Kelantan menghormati keputusan PAS Pusat itu malah memberi perakuan untuk bersama PAS dan tidak bersama Amanah.
Beliau menyerahkan keputusan kepada PAS Pusat untuk menentukan tindakan terhadap anggota dan pemimpin PAS yang ingkar dengan amaran tersebut.
Sementara itu, Ahmad berkata aktiviti menceriakan bandar akan diteruskan dengan kerjasama MPKB-BRI dan agensi kerajaan lain selain meningkatkan kebersihan bandar sempena Tahun Melawat Kelantan tahun ini.
"Kita juga dalam proses akhir menyegerakan penswastaan urusan kebersihan bandar oleh Alam Flora Sdn Bhd yang dijangka akan selesai Feb ini," katanya.
Beliau turut memberi sokongan padu kepada MPKB-BRI dalam usaha mengumpulkan pungutan cukai berjumlah RM100 juta menjelang tahun 2020 yang akan digunakan untuk membiayai program yang membawa faedah kepada rakyat.
Bernama
Sun Jan 17 2016
AHMAD: Langkah itu dibuat berikutan masih terdapat majlis tertentu terutama yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut melibatkan anggota Amanah. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.