TUARAN: Cadangan mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti politik dan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah sehingga dua penggal akan dibincang secara bersama oleh pemimpin parti komponen gabungan itu, kata Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata secara dasarnya kedua-dua cadangan itu dilihat baik untuk Sabah, namun memerlukan persetujuan semua parti komponen GRS sebelum dapat dilaksanakan.
Hajiji berkata beliau menyambut baik kesediaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar Radin membincangkan cadangan mendaftarkan GRS sebagai parti politik secara teliti dan berharap langkah itu dapat mengukuhkan kerjasama dalam gabungan itu.
"Kerajaan Negeri Sabah didukung oleh GRS, jadi untuk mendaftar gabungan ini secara rasmi adalah cadangan yang boleh kita pertimbangkan, mana-mana yang baik untuk politik Sabah dan GRS kita akan teliti sebaiknya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Tuaran di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan GRS Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mencadangkan supaya pemimpin GRS mengambil langkah segera mendaftarkannya sebagai gabungan politik rasmi.
Salleh, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, dilapor berkata ia sebagai langkah mengukuhkan GRS yang dibentuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 dan perlu bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan ahli gabungan khususnya antara BN dan Perikatan Nasional (PN).
Semalam Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi I GRS dilaporkan berkata cadangan mendaftarkan GRS sebagai gabungan politik rasmi memerlukan penelitian lebih mendalam.
GRS adalah gabungan parti dalam PN (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan PAS), BN (UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah) serta Parti Bersatu Sabah.
Mengulas lanjut cadangan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah sehingga dua penggal, Hajiji berkata cadangan yang diusulkan pada Persidangan Tahunan Bersatu Peringkat Bahagian di Sabah itu, akan dibawa ke peringkat kerajaan untuk dipertimbangkan selepas dipersetujui parti komponen GRS.
"Usul ini melibatkan pindaan Perlembagaan Negeri Sabah, jadi perlu diteliti secara terperinci semua pihak termasuk pimpinan GRS, selepas itu barulah tindakan seterusnya dapat dilakukan," katanya.
Selain Bersatu Bahagian Tuaran pada hari ini, bahagian lain yang mengusul dan meluluskan cadangan itu sebelum ini ialah Kudat, Penampang, Papar, Kimanis, Tenom, Pensiangan, Ranau, Sandakan, Libaran, Batu Sapi dan Tawau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Hajiji berkata secara dasarnya kedua-dua cadangan itu dilihat baik untuk Sabah, namun memerlukan persetujuan semua parti komponen GRS sebelum dapat dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.