awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
07:01 MYT
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Abdul Hadi bercakap ketika sidang media selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di salah sebuah hotel di sini pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KAJANG: Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara tersebut hanya akan ditetapkan oleh kepimpinannya.
"Ia (keputusan bertanding atau tidak) bergantung kepada kita yang buat keputusan, bukan mereka yang buat keputusan.
"Mengenai berapa jumlah kerusi (untuk ditandingi) masih dalam perbincangan," katanya ketika sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di salah sebuah hotel di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee supaya Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding pada PRN itu akan datang.
Abdul Hadi pada Sabtu dilapor berkata, partinya bersedia untuk bertanding di negeri berkenaan.
Sementara itu ditanya kemungkinan akan wujud kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, perkara itu belum diputuskan.
"Kita akan melihat (gabungan) mana yang lebih baik (untuk bekerjasama pada PRN Sabah)," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PRN Sabah
#Pas bertanding
#pilihan raya negeri
#GRS
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan