TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata langkah itu penting kerana hanya calon berkualiti mampu memenangi kerusi untuk gabungan politik tersebut dan ia perlu mengutamakan individu yang boleh menang untuk bertanding.
"Saya mahu dalam GRS mempunyai nilai perjuangan yang mesti dilaksanakan bersama, jangan cerita dulu berapa kerusi atau kerusi mana yang mahu ditandingi, kita letak calon yang boleh menang kerana semua guna lambang GRS," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman di Pusat Kebudayaan Bajau Samah, Lok Batik di sini malam ini.
Parti komponen GRS terdiri daripada Gagasan Rakyat, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Hajiji, yang juga Presiden Gagasan Rakyat, berkata kerajaan negeri masih mempunyai tempoh sehingga Oktober 2025 sebelum sesi pentadbirannya berakhir dan tumpuan kini harus diberikan kepada perjuangan membela rakyat Sabah.
Justeru itu, beliau mengingatkan semua pimpinan GRS dan Gagasan Rakyat agar menyantuni dan mendengar keluhan rakyat hingga ke akar umbi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi kerana banyak lagi isu yang perlu diselesaikan antaranya bekalan air, elektrik serta infrastruktur awam.
"Kerajaan negeri akan lakukan yang terbaik pastikan semua projek pembangunan dilaksanakan dan barulah kita fikirkan pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah itu penting kerana hanya calon berkualiti mampu memenangi kerusi untuk gabungan politik tersebut dan ia perlu mengutamakan individu yang boleh menang untuk bertanding. - Gambar fail/BERNAMA
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Selamat ulang tahun Ultras Malaya, Lekir undur diri
Capo Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lekir mengucapkan selamat tinggal buat Ultras Malaya selepas 17 tahun bersama.
'Terima kasih rakyat Malaysia, dana sudah cukup' - Ibu kanak-kanak hidap kanser ovari
Kutipan dana yang telah mencecah kira-kira RM105,000 setakat Ahad akan digunakan untuk kos rawatan kemoterapi yang seterusnya untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.
Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.
Kerjasama BN, PH pada PRN Sabah formula terbaik - PBRS
Arthur berkata PBRS melihat kerjasama itu sebagai tepat untuk mengekalkan formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti menjamin kestabilan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRN Sabah: UMNO akan kerjasama dengan PH, kaedah terbaik kekalkan Kerajaan Perpaduan
UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.
Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.
PKR Sabah susun semula Majlis Pimpinan Negeri
Ia dilakukan bagi memantapkan kepimpinan PKR negeri serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.