awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang

Bernama
Bernama
02/08/2024
14:45 MYT
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata kedua-dua parti komponen itu kekal komited kepada GRS dan bekerjasama sebagai sebuah gabungan untuk menghadapi PRN berkenaan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan dakwaan dua parti gabungannya, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata kedua-dua parti komponen itu kekal komited kepada GRS dan bekerjasama sebagai sebuah gabungan untuk menghadapi PRN berkenaan.
"Ini adalah tindakan terdesak dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan GRS kerana peningkatan sokongan kepada parti-parti tempatan untuk terus menerajui kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak terbabit telah menyunting tajuk berita dalam percubaan menggarap naratif palsu.
Selain PBS dan STAR, GRS turut dianggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Liberal Demokratik, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah.
GRS-DAKWAAN 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Joniston yang juga Ketua Penerangan PBS menyifatkan dakwaan itu sebagai langkah strategik parti lawan dengan motif tersembunyi untuk menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti komponen GRS.
Beliau turut menyeru penyokong dan orang ramai supaya tidak mengendahkan maklumat palsu itu serta terus menyokong GRS kerana gabungan itu berusaha untuk menjaga kepentingan dan aspirasi rakyat Sabah.
Menurut Joniston, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti komponen, sekali gus menjadi bukti hubungan mesra antara mereka.
"Menjadi perkara biasa apabila parti menyuarakan minat untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi, tetapi pada akhirnya ia perlu dibincang dan diputuskan apabila tiba masanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#STAR
#nafi
#tanding solo
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan