awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin parti, kerajaan zahirkan takziah pemergian Tan Sri Wan Mokhtar

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2020
06:05 MYT
Pemimpin parti, kerajaan zahirkan takziah pemergian Tan Sri Wan Mokhtar
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, 1932-2020.
Pemergian bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad disifatkan satu kehilangan besar kerana jasa dan khidmatnya kepada rakyat khususnya di Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Allahyarham merupakan Menteri Besar Terengganu paling lama berkhidmat iaitu bermula 1974 sehingga 1999.
"Mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," katanya melalui statusnya di Twitter pada Isnin.
BACA: Bekas MB Terengganu Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia
Hari ini menerima khabar duka pemergian Allahyarham Dato' Sri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad, mantan Menteri Besar Terengganu. pic.twitter.com/zMvbyNsfEy
— Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (@DrAhmadSamsuri) September 21, 2020
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Innalillahiwainnailaihirojiun bekas MB Terengganu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-fatihah," katanya di Facebook pada Isnin.
Sumber Facebook najibrazak
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mezahirkan takziah kepada bekas pemimpin UMNO disegani itu.
Takziah kepada famili Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar, Mantan Menteri Besar Terengganu dan mantan Naib Presiden Umno. Seluruh pimpinan dan ahli2 Umno seluruh negara turut berdukacita atas pemergian beliau. pic.twitter.com/nT5nrhTHCz
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) September 21, 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut berdukacita dengan pemergian bekas Menteri Besar Terengganu itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Salam takziah kepada keluarga Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Saya turut berduka dan mendoakan, inshaAllah. https://t.co/51FrqGwexP
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 21, 2020
Pemimpin dari Pas turut menzahirkan ucapan takziah:
Sumber Facebook abdulhadiawang
Mendapat perkhabaran pemergian Tan Sri Hj Wan Mokhtar Wan Ahmad, mantan Menteri Besar Terengganu. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmatinya dan mengasihinya. Sekalung takziah kepada seluruh ahli keluarganya.
— Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) September 21, 2020
Topic Berkaitan
#Allah
#Anwar Ibrahim
#Facebook
#keluarga
#kerajaan
#meninggal dunia
#menteri
#Menteri Besar
#Najib Razak
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#rakyat
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Twitter
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan