AKHIR-akhir ini sentimen perkauman dalam kalangan rakyat semakin meningkat serta jurang perpaduan antara kaum didapati semakin lebar, malah perpaduan nasional jelas kelihatan terhakis.
Meskipun kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan politik daripada pelbagai pihak serta penjuru, kerajaan kepimpinan beliau didapati tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memupuk perpaduan nasional.
Dasar Perpaduan Negara (DPN) dilancarkan sebagai satu langkah intervensi untuk mengembalikan perpaduan nasional.
Rangka pelan tindakan DPN akan meliputi tempoh masa 10 tahun iaitu bermula pada 2021 sehingga 2030.
DPN yang dilancarkan pada kali ini adalah satu dasar yang bersifat inklusif, komprehesif serta mampu melestarikan dan mengukuhkan perpaduan nasional yang dijangka menjamin stabiliti politik nasional.
Antara objektif utama DPN adalah untuk membina rakyat yang patriotik lagi demokratik seiring Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Penghayatan sejarah tanah air akan mampu mengukuhkan integrasi nasional dengan pembentukan identiti nasional berdasarkan penggunaan bahasa Melayu sebagai medium intergrasi, kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik.
Penghayatan yang mendalam terhadap sejarah negara akan melahirkan warganegara yang berintergriti dan berakhlak tinggi serta memperkukuhkan ekosistem perpaduan.
Nilai dan teras utama yang digabungjalinkan dalam DPN mencakupi semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab.
ASPIRASI RAKYAT
Pendek kata, dasar ini merupakan sebuah dasar yang mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, kepercayaan, adat dan budaya untuk membina sebuah negara bangsa.
Sehubungan itu, kita harus mengimbau kembali sejarah negara di mana pada 20 September 2019, Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia usaha kerajaan untuk mengingatkan generasi muda supaya mempertahankan nilai kemanusiaan, adat dan budaya yang kian terhakis serta terpinggir dalam era moden kini.
Apabila membincangkan tentang soal perpaduan, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga merupakan seorang pakar Perlembagaan Persekutuan terkemuka berpendapat, soal perpaduan di negara ini adalah satu perkara yang harus terus diperbincangkan.
Kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya alpa atau mengambil mudah tentangnya.
Malah, soal politik dan kepentingan kaum atau ras perlu diketepikan dahulu, sebaliknya kita harus berusaha untuk mencari nilai kenegaraan versi Malaysia.
Dalam usaha menyemai dan memupuk perpaduan nasional, pemimpin politik dan masyarakat mainkan peranan sebagai pemangkin perpadan.
Dalam hal ini, pemimpin politik tidak seharusnya menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh menyinggung perasaan rakyat ketika berceramah ataupun berkempen semasa pilihan raya untuk mendapatkan undi.
Keghairahan membangkitkan isu-isu sensitif atau perkara-perkara yang telah dirunding antara kaum dan mendapat konsensus tidak harus dibangit semula.
Sebaliknya, pemimpin politik harus mengelakkan untuk menghabiskan masa dalam pencaturan politik kepartian yang mampu memecah belahkan perpaduan antara kaum semata-mata demi meraih sokongan politik.
Ia harus dihindarkan sama sekali kerana boleh menjejaskan kestabilan politik negara.
Sebaliknya, mereka haruslah menjalankan aktiviti politik mengikut nilai budaya yang mencerminkan ketamadunan bangsa Malaysia.
Bahkan, pemimpin politik perlu menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat yang boleh menjalankan aktiviti-aktiviti membantu rakyat memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.
Malahan, menjadikan prinsip Rukunegara sebagai panduan dan pedoman kehidupan mereka.
Pada masa yang sama, kerajaan wajar memastikan bahawa tidak ada satu kumpulan masyarakat atau kaum yang merasa tertinggal dalam menikmati faedah daripada dasar kerajaan.
Pegawai kerajaan dan pemimpin politik perlulah mengamalkan paradigma baharu dalam pendekatan dalam menyediakan perkhidmatan mereka.
Mereka harus memastikan pendekatan dibuat sebagai inklusif dalam kaca mata rakyat.
Tingkah laku pegawai kerajaan dan pemimpin politik yang tidak adil dan bertanggungjawab di kaca mata orang awam akan membantutkan kejayaan DPN.
Meskipun seseorang pemimpin politik mewakili sesuatu kaum tertentu, mereka harus bersedia membantu kaum lain apabila timbul permasalahan dalam kalangan rakyat atau timbul keperluan untuk dibantu.
Sebagai contoh, kita melihat pemimpin-pemimpin MIC di bawah kepimpinan Tan Sri SA Vigneswaran yang banyak menyediakan bantuan makanan termasuk bantuan sosial dan pendidikan kepada berbilang kaum merentasi kefahaman politik dan agama dalam mengadapi pandemik COVID-19.
Maka dapat dikatakan bahawa peranan kerajaan, pemimpin politik dan rakyat amat penting dalam menjayakan DPN ini.
Segala usaha yang dirancang dan dilaksanakan pihak kerajaan terhadap DPN perlu diberikan sokongan oleh semua pihak.
Tanpa sokongan jitu rakyat, DPN ini hanya akan menjadi impian semata-mata seperti berlaku kepada beberapa polisi perpaduan yang diperkenalkan sebelum ini.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sat Feb 27 2021
Segala usaha yang dirancang dan dilaksanakan pihak kerajaan terhadap DPN perlu diberikan sokongan oleh semua pihak. - BERNAMA
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia
Berita kematiannya disahkan oleh cucunya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.
KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman
MIC memberi jaminan akan membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu Disember ini.
Peremajaan: MIC perlu pemimpin muda berwibawa
Dalam usaha meremajakan parti, pemimpin muda yang diperlukan haruslah dalam kalangan mereka yang memahami arena politik dengan baik.
MIC akan kumpul dana daripada ahli laksana program parti
MIC akan mengumpul dana daripada kalangan ahli untuk membiayai programnya bagi memastikan parti itu dapat terus bergerak dan menguatkan akar umbinya.
Manickam letak semua jawatan dalam MIC
Datuk L Manickam meletakkan semua jawatannya dalam MIC termasuk sebagai Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Ketua MIC Bahagian Jempol dan ahli parti itu berkuat kuasa Jumaat.
Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.