awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh hantar mesej lucah: Polis siasat jika ada dakwaan mangsa baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2025
06:02 MYT
Pempengaruh hantar mesej lucah: Polis siasat jika ada dakwaan mangsa baharu
Suspek masih ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada beberapa individu termasuk remaja bawah umur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan masih tertumpu kepada kes utama yang telah dilaporkan.
“Suspek masih ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang laporan lain,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Terdahulu, tular beberapa tangkap layar perbualan di media sosial membabitkan mesej berunsur seksual antara suspek dan individu lain, termasuk dakwaan daripada pempengaruh terkenal, Caprice, yang mendedahkannya menerusi laman Instagram.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 22 tahun ditahan polis selepas seorang ibu membuat laporan berhubung dakwaan anak perempuannya yang berusia 14 tahun menerima mesej serta gambar tidak senonoh sejak awal Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan tangkapan dan menyatakan siasatan awal mendapati terdapat mesej serta imej berunsur lucah dihantar oleh suspek kepada mangsa melalui media sosial.
“PDRM memandang serius kes-kes eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pempengaruh
#mesej lucah
#Remaja perempuan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan