awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda Pas bantah RUU PSB, dakwa hak pemilik terjejas

Amirul Aiman
Amirul Aiman
03/03/2025
04:40 MYT
Pemuda Pas bantah RUU PSB, dakwa hak pemilik terjejas
Mohd Hafez berkata, ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus mencetuskan risiko pemilik minoriti dipinggirkan.
KUALA LUMPUR: Pemuda Pas Malaysia membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kerana mendakwa perubahan nilai ambang kelulusan projek boleh menafikan hak golongan minoriti.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Mohd Hafez Sabri berkata, ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus mencetuskan risiko pemilik minoriti dipinggirkan.
“Meskipun kerajaan telah memberi penerangan berkenaan kedudukan penghuni minoriti, ia dibuat secara tergesa-gesa dan terdapat percanggahan dalam dokumen.
"Justeru, mekanisme ini perlu dikaji lebih mendalam supaya hak pemilik tidak dikompromi,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
RUU PSB sebelum ini diperkenalkan bagi mempercepatkan proses pembaharuan semula bandar melalui perubahan nilai ambang kelulusan projek pembangunan.
Namun, pihak pembangkang dan beberapa pertubuhan masyarakat menyuarakan kebimbangan terhadap kesan sosial dan ekonomi daripada pelaksanaannya.
Sehubungan itu, Pemuda Pas menegaskan, himpunan bantah RUU PSB akan diteruskan dengan skala lebih besar sekiranya kerajaan gagal mendengar suara rakyat.
Dalam masa sama, Pas turut mendesak kerajaan membuka semula meja rundingan agar pihak berkepentingan, termasuk rakyat terjejas dapat turut serta dalam perbincangan.
Topic Berkaitan
#PAS
#RUU Pembaharuan Semula Bandar
#Mohd Hafez Sabri
#minoriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan