awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO hantar surat bantah kezaliman rejim Israel kepada Kementerian Luar Isnin ini

Bernama
Bernama
07/04/2023
10:23 MYT
Pemuda UMNO hantar surat bantah kezaliman rejim Israel kepada Kementerian Luar Isnin ini
Para Pemuda UMNO membakar bendera negara Israel pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Palestin di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian Luar Isnin ini berhubung perbuatan kejam tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata surat itu antara lain menggesa seluruh negara Islam bersatu padu menentang keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel.
"Kita juga memohon Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak daripada membiarkan mereka terus menzalimi dan menyakiti saudara kita di Palestin," katanya selepas himpunan Solidariti Pemuda UMNO Bersama Palestin di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau berkata himpunan itu diadakan untuk 'menghantar mesej' kepada rejim Israel bahawa tindakan menzalimi rakyat Palestin turut memberi kesan kepada negara Islam yang lain.
Muhamad Akmal berkata bendera Israel turut dibakar pada himpunan itu sebagai simbolik menentang kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sekali gus menyatakan Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata pihaknya menempatkan pegawai bagi memantau himpunan itu dan tiada sebarang insiden kekecohan dilaporkan.
Rabu lepas, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan menyerang jemaah Palestin.
Dalam perkembangan terbaharu, Israel hari ini melancarkan serangan udara di Lubnan, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Masjid Al-Aqsa
#surat bantahan
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan