Nelayan Lim Lip Kok memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas keterlanjurannya mengadakan ritual di sebuah tokong di sini dengan berpakaian seperti orang Islam, sebagaimana yang tular baru-baru ini.
Lim, 43, berkata beliau sangat menyesal dengan perbuatannya itu yang menyinggung perasaan sahabat Islam dan Melayu seterusnya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.
"Saya minta maaf, saya minta maaf, saya minta maaf. Kelakuan saya yang tidak sengaja dan tidak berniat langsung telah menyebabkan ketidakselesaan bagi rakyat Malaysia dan menyinggung perasaan orang Melayu," katanya dalam sidang media di sebuah dewan di Tanjung Piandang di sini pada Khamis.
Permohonan maaf Lim dibuat dalam Bahasa Mandarin dan diterjemahkan oleh Setiausaha Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Cheah Han Boon.
Pada 7 Jun lepas, tular rakaman gambar seorang lelaki melakukan pemujaan di Tokong Datuk Kong, Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang dengan memakai kopiah putih dan berkain pelikat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam.
Sementara itu, Biro Agama Masjid Tanjung Piandang Mohd Yusop Budin berkata pihak Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) telah berbincang menerima permohonan maaf itu.
Perbuatan Lim itu menjatuhkan maruah orang umat Islam. Kita mahu menjaga kebaikan apa juga agama demi kebaikan semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2019
Lim (tengah, bawah) berkata beliau sangat menyesal dengan perbuatannya itu yang menyinggung perasaan sahabat Islam dan Melayu seterusnya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pemuja tokong mohon maaf kepada umat Islam di Malaysia
Nelayan Lim Lip Kok memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas keterlanjurannya mengadakan ritual di sebuah tokong dengan berpakaian seperti orang Islam.