awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEMULIH redakan kegelisahan isi rumah dan PKS - Pakar ekonomi

Bernama
Bernama
29/06/2021
04:45 MYT
PEMULIH redakan kegelisahan isi rumah dan PKS - Pakar ekonomi
PEMULIH dilihat akan meredakan kegelisahan kebanyakan isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.
KUALA LUMPUR: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dilihat akan meredakan kegelisahan kebanyakan isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro dalam usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.
Menurut Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan PERKESO Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, kerajaan mendengar rintihan dan desakan pelbagai pihak terutamanya dalam memberikan bantuan moratorium menyeluruh kepada rakyat Malaysia walaupun kedudukan suntikan fiskal negara terhad.
"Kita faham kerajaan perlu amat berhati-hati dalam memberikan suntikan langsung fiskal kerana ia boleh memberi implikasi kepada sistem ketahanan kewangan dalam jangka masa panjang," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'PEMULIH: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi' yang disiarkan secara langsung melalui Bernama TV, malam tadi.
BACA: [KOLUMNIS] PEMULIH manifestasi kerajaan yang prihatin
Pada masa sama, katanya rakyat juga perlu memahami bahawa tiada jalan mudah selain membuka ekonomi secara berperingkat dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19.
"Saya melihat kerajaan sangat pantas dalam menyediakan bantuan secara menyeluruh kepada semua pihak termasuk bantuan moratorium dan subsidi upah," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan PEMULIH bernilai RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.
Bantuan itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Profesor Kehormat UNIMAS Datuk Dr Madeline Berma pula berpendapat kerajaan perlu memberikan penekanan dalam meningkatkan daya tahan rakyat terutamanya kumpulan yang mudah terjejas dan PKS supaya mereka memperoleh keupayaan untuk bertahan selepas pandemik COVID-19 berakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PEMULIH
#Muhyiddin Yassin
#PKS
#subsidi
#bantuan kepada rakyat
#Mohd Yusof Saari
#Moratorium
#pandemik
#COVID-19
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan