awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air di Lembah Klang sudah lebih 85 peratus - Air Selangor

Bernama
Bernama
15/10/2021
14:35 MYT
Pemulihan bekalan air di Lembah Klang sudah lebih 85 peratus - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan tiga wilayah iaitu Hulu Selangor, Kuala Langat dan Shah Alam sudah mencapai tahap pemulihan 100 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas di Lembah Klang telah mencapai tahap 85 peratus setakat 6 petang ini, demikian menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada Jumaat.
Air Selangor memaklumkan tiga wilayah iaitu Hulu Selangor, Kuala Langat dan Shah Alam sudah mencapai tahap pemulihan 100 peratus.
"Tahap pemulihan di lima wilayah pula iaitu Kuala Selangor ialah 99.4 peratus, Petaling (98.9), Gombak (85), Kuala Lumpur (70.5) dan Klang (50.4)," menurut Air Selangor dalam kenyataan.
Menurut Air Selangor tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
Air Selangor sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan air berjadual berlaku di 998 kawasan di lapan wilayah pada 13 hingga 16 Okt disebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#pemulihan
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan