awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan gangguan bekalan air Lembah Klang kini capai 96 peratus

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2013
10:35 MYT
Pemulihan gangguan bekalan air Lembah Klang kini capai 96 peratus
Pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan di Lembah Klang yang mengalami gangguan ekoran tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor kini sudah mencapai tahap 96 peratus meskipun terdapat beberapa kawasan yang masih mengalami tekanan air rendah.
Menurut Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred tujuh kawasan yang mengalami gangguan bekalan air itu ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, hanya empat kawasan iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak masih mengalami tekanan air rendah manakala bekalan air telah kembali pulih sepenuhnya di kawasan-kawasan di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor,” beliau berkata menerusi satu kenyataan media yang diemelkan kepada Astro Awani.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan perkhidmatan di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, pada 30 Ogos yang lalu demi untuk memulihkan kembali kualiti air yang telah tercemar itu.
Pencapaian ini hasil dari usaha berterusan pihak SYABAS di dalam memantau dan mengendaliurus program pemulihan bekalan air termasuk mendapatkan kerjasama dari operator loji rawatan air berkenaan bagi mengoperasikan loji-loji rawatan air tersebut ke tahap maksima dan overload selepas ianya beroperasi semula.
“Oleh yang demikian, jumlah akaun pengguna yang terjejas telah menurun pantas kepada 63,390 akaun yang merupakan hanya 4.2 peratus daripada jumlah akaun pengguna yang terjejas sebelum ini berbanding dengan kira-kira sejumlah 880,000 akaun atau pun 60 peratus sepertimana dilaporkan sebelum ini pada 31 Ogos 2013,” katanya lagi.
Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti bekalan air masih belum pulih adalah seperti berikut:
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
1 Seksyen 22 2 Seksyen 25 3 Seksyen 26 4 Seksyen 27 5 Seksyen 28 6 Kampung Kebun Bunga 7 Kampung Baru Hicom 8 Subang Mas 9 Batu 3 Shah Alam 10 Batu 8 Bkt Kemuning 11 Bukit Naga 12 Kampung Lombong 13 Seksyen 33 14 Seksyen 26 15 Seksyen 27 16 Seksyen 28
WILAYAH GOMBAK
1 Ampang Jaya 2 Bandar Baru Ampang 3 Bukit Antarabangsa 4 Jalan Ampang 5 Kampung Ampang Campuran 6 Kampung Baru Ampang 7 Kampung Melayu Ampang 8 Kampung Tasek Permai 9 Taman Sri Rampai 19 Taman Kosas 10 Setapak Jaya 20 Taman Rasmi Jaya 11 Taman Ampang 12 Taman Pandan Ria Ampang 13 Taman Permai Jaya Ampang 14 Taman Tasek Tambahan 15 Taman Bkt Jaya 16 Taman Cahaya Indah 17 Taman Dagang Jaya 18 Taman Desa Setapak
WILAYAH PETALING 1 Jalan SS4C 2 Jalan SS4D 3 Jalan SS19 4 Jalan SS3C 5 Apartment Keranji 6 Desa Petaling 7 Salak Selatan 8 Apartment Desa Aman Vintage 9 Bandar Puchong Jaya (Apartment)
WILAYAH KUALA LUMPUR
1 Sebahagian Kawasan Bukit Damansara:- 2 Jalan Segambir 3 Jalan Belimbing 4 Jalan Setiabistari 5 Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12. 6 Jalan Setiabudi 7 Jalan Setiarasa 8 Jalan Setiaraya 9 Jalan Setiajaya 10 Jalan Setiabakti 11 Jalan Setiakasih 12 Plaza Damansara 13 Taman Beringin
Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna, Syabas terus menggerakkan kesemua sumber-sumber yang ada bagi membantu menghantar bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik.
Sehingga kini, sebanyak 413 perjalanan penghantaran lori tangki telah digerakkan, manakala sejumlah 69 buah tangki air statik pula telah diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik di 4 buah wilayah yang masih lagi terganggu iaitu di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling dan Klang/Shah Alam.
Daripada keseluruhan 59 lori tangki yang digerakkan pula, sejumlah 16 buah lori tangki merupakan bantuan dari negeri-negeri lain iaitu Syarikat Air Johor (6 buah), Lembaga Air Perak (6 buah) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (4 buah), termasuklah sebuah lori tangki dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Secara keseluruhan, Syabas telah menggerakkan 830 orang kakitangan bagi membantu semua pengguna yang terjejas disebabkan oleh gangguan ini.
Pendekatan ini dilakukan bagi memastikan kesulitan pengguna semasa gangguan bekalan air tidak berjadual ini dapat dikurangkan di samping juga berperanan sebagai sumber interaksi dengan pengguna di tapak.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Lembah Klang
#Sungai Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan