awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
04/08/2022
01:30 MYT
Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan sesi pembentangan bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 diikuti Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2022.
KUALA LUMPUR: Isu pemuliharaan Tasik Chini, Pahang dan jenayah pencerobohan data peribadi dijangka menjadi antara tumpuan pada hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan mengenai tindakan kerajaan bagi merawat dan memulih kembali kawasan Tasik Chini agar tidak dilucutkan status Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diajukan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.
Turut tersenarai, soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan perancangan kementerian untuk meminda beberapa fasal dalam Akta Perlindungan Data Peribadi bagi menangani jenayah pencerobohan hampir 100 juta data peribadi.
Pada sesi soal jawab pula, Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) bertanyakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai status pemberian tablet melalui program PerantiSiswa dan maklumat terkini jumlah tablet yang bakal diagihkan kepada pelajar daripada golongan B40.
Selain itu, soalan berhubung inisiatif kerajaan membantu mahasiswa yang tercicir dan tidak dapat meneruskan pengajian atau terpaksa menangguhkan pengajian akibat pandemik COVID-19 diajukan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 diikuti Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2022.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tasik Chini
#Dewan Rakyat
#pencerobohan data peribadi
#pemberian tablet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan