Warisan budaya yang semakin banyak dimusnahkan akibat pergolakan sosial, agama dan kebudayaan dalam sesetengah masyarakat, mendapat teguran Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berjanji Malaysia akan terus membela usaha melindungi dan menambah warisan budaya.
Timbalan perdana menteri berkata ini selaras dengan keutamaan yang terus diberikan terhadap perkara ini dalam agenda Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Dalam kita berusaha untuk memulihara dan berkongsi kekayaan budaya di seluruh dunia, kita melihat dengan perasaan amat sedih dan memualkan pemusnahan yang tidak sepatutnya terhadap lukisan, artifak dan dokumen yang merupakan sebahagian daripada sejarah, identiti dan ketamadunan kolektif kita," katanya.
Muhyiddin, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Paris, berkata demikian dalam ucapannya pada Pertunjukan Gala Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia yang diadakan di ibu pejabat UNESCO di Place de Fontenoy di sini pada Selasa malam.
Majlis itu dianjurkan bersempena pembukan rasmi pameran Warisan Budaya Tidak Ketara Malaysia oleh Muhyiddin sebelum itu, satu acara yang diadakan untuk mempamerkan warisan Malaysia dan melonjakkan profil negara dalam usaha Malaysia untuk menduduki Lembaga Eksekutif UNESCO bagi tempoh 2015-2019.
Pameran dari 14 hingga 16 April itu menonjolkan kecantikan dan keistimewaan batik, jahitan manik, anyaman, makanan warisan, ukiran kayu Mah Meri, wayang kulit, adat dan budaya, tenunan dan permainan tradisional Malaysia.
Muhyiddin menarik perhatian bahawa kepelbagaian dan penyatuan semua budaya merupakan sumber kekayaan intelektual yang tidak dapat ditukar ganti.
"Ia merupakan rekod sejarah kita yang dikongsi dan satu cara untuk memahami diri kita dan satu sama lain. Oleh itu pemusnahan seni dan artifak menyerupai serangan ke atas sejarah, identiti dan tamadun kita," kata timbalan perdana menteri.
Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi satu tugas yang mencabar untuk membina semula sebuah kehidupan yang damai dengan tujuan yang dikongsi bersama yang sepatutnya digalakkan secara aktif sebagai sebahagian daripada aspek penting pembangunan negara.
Muhyiddin menegaskan bahawa kepentingan seni dan budaya sentiasa ada kerana ia merupakan manifestasi ketamadunan.
Bernama
Wed Apr 15 2015
Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji Malaysia akan terus membela usaha melindungi dan menambah warisan budaya.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.